Disebalik Kemanisan Berbicara

Kemanisan Berbicara ialah mutiara kata yang saya rasa tidak kurang menariknya kerana bagi saya Kemanisan Berbicara adalah merupakan kepetahan dan kelancaran seseorang dalam berkomunikasi dengan orang lain. Apabila berkomunikasi dengan orang lain cukup disenangi dengan bahasa yang enak didengar dan tatacara yang cukup baik. Dapat saya simpulkan bahawa Kemanisan Berbicara adalah merupakan salah satu daripada solfskill yang patut ada dalam semua orang bagi membezakan dirinya dengan orang lain. "KEMANISAN BERBICARA SEJUTA MUTIARA KATA"

Cari sesuatu untuk berbicara

Saturday, February 11, 2012

SAKIT DALAM JANGKAMASA YANG LAMA

Tubuh badan yang cergas, fikiran yang cerdas adalah kehendak setiap orang kerana tubuh badan kita yang sihat kita dapat melakukan apa sahaja aktiviti fizikal yang kita inginkan termasuklah, berlari, berjalan, melompat, menari dan sebagainya. Fikiran yang cerdas kita akan lebih banyak idea dalam berfikir menyelesaikan sesuatu permasalahan dan mencari resolusi.

Namun walaubagaimanapun, penyakit yang tidak diingini datang juga dalam pelbagai bentuk dan pelbagai punca. Maka dengan itu sebelum datangnya penyakit kita kenalah mengambil langkah-langkah mengelakkan penyakit itu datang seperti mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang seimbang mengikut piramid makan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, selain itu menjaga kebersihan sekeliling kita. "Mencegah itu lebih baik daripada merawat".

Kesibukan kadangkala mengalpakan kita tentang semua perkara berkaitan kesihatan kita, sebab komited dalam melakukan sesuatu kerja atau tugas yang diberikan. Bila ini berlaku makanpun akan lewat menyebabkan perut kosong dan mudah untuk sakit perut, gasterik, perut masuk angin dan sebagainya.

Sakit yang datang pada kita adalah sesuatu perkara yang kita tidak boleh tolak sebegitu sahaja kerana itu adalah ujian yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada hamba-hambanya. Kita sebagai hambanya kenalah redha dan menghadapi ujian itu dengan hati yang penuh degan sabar kerana ada hikmah setiap yang berlaku antaranya:

1. Mengahapuskan dosa-dosa kecil.
2. Muhasabah diri sebagai manusia yang kerdil.
3. Banyak mengingatkan kebesaran Allah S.W.T.
4. Lebih mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
5. Lebih menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang sia-sia.
6. Merapatkan perhubungan bersama keluarga dari aspek kasih sayang dan ambil berat.
7. Dapat memperlihatkan kepada kita siapa yang dapat berkongsi "duka" semasa kita ditimpa musibah.
8. Dan seumpanya.

Sakit seperti selesema dan batuk adalah sakit yang biasa kita dengarkan. Penyakit ini sekurang-nya boleh sembuh dalam 3 hari sahaja dan jangkamasa yang paling lama untuk sembuh adalah 7 hari bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan yang di ambil. Sekiranya penyakit ini boleh sampai kepada jangkamasa yang lama antara 3-4 minggu adalah sesuatu yang agak pelik. Bagi pengalaman saya sebelum ini adalah sakit selama seminggu. Tapi pada kali ini hampir masuk dalam minggu yang keempat. Ini amat merisaukan saya kerana kali pertama berhadapan dengan sakit sebegini, saya pernah menganggap selain sakit biasa mungkin juga sakit yang luar biasa seperti sakit yang melibatkan sakit di alam yang lain. Sejauhmana kebenarannya saya sendiri tidak dapat memberi kepastian kerana tidak ada sumber yang sahi dan ini mungkin juga hanya sekadar mainan perasaan. Semoga perkara itu tidak berlaku dan semoga di selamatakan daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Sekarang ini boleh diberi kesimpulan untuk menitibertakan kesihatan kerana dengan adanya kesihatan kita bebas dan boleh melakukan banyak perkara. Buatlah seberapa banyak kebaikan semasa sihat kerana masa sakitlah kita akan rasa terbatas dalam kita melakukan perkara kebaikan. Amalkan gaya hidup yang sihat. Maka dengan itu "Utamakan kesihatan untuk kesejahteraan hidup yang berkualiti".

* Sekadar perkongsian pengalaman, aota pengalaman.

No comments:

Post a Comment